Wednesday, August 5, 2009

Insuran Hayat (Life Insuran) - Perlukah anda membelinya?

Salam Sejahtera...

Lama juga saya tidak berkongsi maklumat dalam blog BijakUrusWang ini untuk kepentingan bersama...

Kali ini saya akan menyambung maklumat tentang insuran hayat.


Pada suatu hari anda didatangi oleh seorang ejen insuran dan memberitahu tentang keperluan membeli insuran untuk diri anda. Ingat!!! apa yang diterangkan olehnya benar tetapi mungkin juga sebaliknya.

Sesetengah daripada dikalangan anda memerlukan polisi insuran hayat apabila sudah sampai pada sesuatu peringkat, manakala yang lain tidak memerlukanya sama sekali.

Anda tergolong dalam kategori yang mana?


Lelaki Yang Berkeluarga – Besar kemungkinan perlu.

Kenapa? Biasanya kaum lelaki merupakan pencari nafkah yang utama untuk sesebuah keluarga. Jika berlaku kematian yang tidak dijangka keatasnya, menimbulkan masalah kewangan kepada individu dibawah tanggungagnya. Kecuali, beliau seorang yang kaya raya dan memiliki harta yang cukup untuk menampung kehidupan keluarganya.

Mempunyai anak-anak yang masih kecil merupakan alasan baik untuk mereka membeli polisi insuran hayat. Insuran yang ada itu boleh menampung perbelanjaan untuk anaknya sehingga berumur 20-an kelak.

Bagi pasangan yang tiada anak, satu polisi masih diperlukan untuk isteri yang tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan sendiri. Lain pula jika isteri bekerja, insuran tidak lagi menjadi satu keperluan kerana isteri tersebut mampu untuk berdikari hasil daripada pendapatanya sendiri.


Isteri – Mungkin perlu

Kenapa? Jika pasangan yang berkahwin masih tidak mempunyai anak, manakala suami merupakan sebagai pencari nafkah keluarga. Isteri tidak perlu membeli polisi insuran untuk dirinya.

Berbeza pula, sekiranya pasangan mempunyai anak & pasangan bekerja, yang mana pendapatan mereka penting untuk keluarga. Isteri mungkin perlu menimbang untuk membeli polisi insuran. Walau bagaimanapun, perlindungan tidak perlu setinggi suaminya kerana beliau tidak menyumbang banyak kepada pendapatan keluarga.


Kanak-Kanak- Tidak Perlu

Kenapa? Kanak-kanak tidak mempunyai tanggungan, oleh itu tidak memerlukan polisi insuran hayat sama sekali.

Ejen insuran akan berkata, bahawa membeli insuran untuk kanak-kanak yang masih kecil bermaksud simpanan premium dam memastikan jaminan kewangan apabila dewasa kelak.

Tetapi dari sudut perancangan kewangan dan keluarga, ini bermakna pembaziran wang tahun demi tahun untuk insuran yang tidak diperlukan berlaku. Untuk pengetahuan anda, hanya sejumlah kecil sahaja kanak-kanak tanpa diinsurankan kerana sakit. Memandangkan risikonya adalah kecil, insuran tidak diperlukan bagi kebanyakkan kanak-kanak.


Orang bujang – Tidak perlu

Sekiranya seseorang individu hanya menanggung dirinya sendiri, beliau tidak perlu dapatkan polisi insuran hayat.

Tetapi, sekiranya beliau mempunyai tanggungan kepada keluarga, adik kandung yang masih belajar dan menjaga ibubapa yang telah tua, insuran hayat mungkin diperlukan.


Peringatan!!!!

* Jangan membeli insuran sekadar memuaskan hati kawan atau mengalah kepada pujukan seseorang ejen insuran. Seringkali, polisi dijual berdasarkan kaedah mendesak dan mengambil kesempatan daripada sesebuah persahabatan bukan berdasarkan nasihat professional berkenaan insuran.

* Jangan membeli insuran dengan tujuan untuk membuat perlaburan. Ingat, insuran adalah untuk perlindungan bukan untuk membuat keuntungan kepada individu.

* Syarikat insuran tidak dilindungi atau dijamin oleh kerajaan. Jika sesebuah mengalami bankrap, ia tidak dapat memenuhi tuntutan anda dan tidak mungkin dapat memulangkan nilai insuran hayat anda itu. Oleh yang demikian, ketahuilah bahawa anda menanggung risiko apabila membeli insuran.

* Jangan terlalu membebankan kewangan keluarga anda dengan membeli polisi yang anda tidak mampu untuk membayarnya. Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata menarik jurujualnya yang mempunyai sasaran komisen untuk diri mereka dan bukan untuk menjaga kepentingan anda.

* Ramai dikalangan anda, membeli insuran hayat, kemudian mendapati premiumnya terlalu tinggi untuk mereka terus membayarnya. Oleh itu, selepas beberapa tahun mereka berhenti membayarnya dan kehilangan segala simpanan tersebut (jika mereka membeli polisi bertempoh tetap).


Nota:
Saya bukan seorang perancang kewangan. Info yang saya berikan, bertujuan untuk berkongsi maklumat kepada mereka-mereka yang belum mengetahuinya.



Katakan TIDAK pada Insuran/Takaful Berbentuk Pelaburan

Thursday, April 30, 2009

Simpanan 3 Dalam 1

"3 Enemies With 1 bullet"

Salam Sejahtera,

Sebelum ini, BijakUrusWang telah menceritakan bagaimanakah caranya kita perlu menyimpan duit secara konsisten dan berdisplin untuk diri sendiri. Hari ini, BUW akan membuka minda pelawat-pelawat blog tentang kuasa simpanan.

Sebelum BUW meneruskan cerita yang menarik, mari kita fikir-fikirkan persoalan berikut:

1. Banyak-banyak bank di Malaysia, bank manakah dan pelaburan apakah yang boleh memberi kita dividen sehingga 7% hingga 10% tanpa dikenakan sebarang caj-caj tambahan 3% hingga 5% semasa memulakan pelaburan?

2. Banyak-banyak simpanan, simpanan apakah secara tidak langsung ia merupakan simpanan berbentuk pelaburan? Dan wang simpanan/pelabuaran tersebut boleh dikeluarkan dalam tempoh 24 jam tanpa perlu melepasi tempoh bertenang selama 2 – 3 minggu?

3. Pelaburan apakah yang akan memberikan kesan kecairan (liquidity) yang cepat dan memberikan nilai bersih (net value) yang tinggi?

Jawapannya mudah. Hanya satu jawapan sahaja yang boleh merangkumi persoalan di atas iaitu instrument Simpanan/Pelaburan ASB.

Persoalannya, kenapa perlu simpan dalam buku pelaburan ASB? Kenapa bukan dalam akaun simpanan bank-bank yang ada di Malaysia?


Alasan persoalan pertama, memang kita sudah sedia maklum bahawa simpanan ASB ini dijamin oleh kerajaan. Manakala, dividen yang diberikan sentiasa berada paras 7% hingga 9% setahun. Tambahan pula, tiada sebarang caj tambahan dikenakan semasa memulakan pelaburan.

Tidak seperti sesetengah unit amanah yang dikeluarkan oleh pihak bank-bank Malaysia, yang mana akan mengenakan caj memulakan pelaburan sebanyak 3% hingga 5% setahun. Erti kata lain, permulaan pelaburan kita sudah rugi sebanyak 3% hingga 5%. Ini bermakna kita perlu meletakkan satu keyakinan yang tinggi dan berdoa agar perlaburan kita itu mesti melebihi 12% - 13% setahun agar ia boleh menyamai pelaburan ASB. Tetapi, sekiranya dividen yang diberikan itu berada di bawah paras 12% - 13%, ini bermakna pelaburan ASB adalah lebih baik daripada unit amanah yang dikeluarkan oleh bank-bank tersebut. Sebabnya, keuntungan terlalu minimum diberikan oleh pihak bank kepada pelabur.

Alasan persoalan kedua, simpanan yang dibuat dalam ASB merupakan satu pelaburan. Kenapa? Sebabnya, sekirannya berlaku kecemasan atau waktu-waktu terdesak, penyimpan boleh mengeluarkan wang tersebut dalam masa 24 jam tanpa perlu menunggu 2 – 3 minggu masa bertenang. Manakala, sekiranya simpanan itu sudah berusia 1 bulan, penyimpan tersebut layak dianugerahkan dividen untuk bulan tersebut secara peratusan purata dividen tahunan.

Alasan persoalan ketiga, ramai orang kita tidak mengetahui hal ini. Selain daripada properties (Rumah kedai, rumah dan hartanah), sijil ASB juga boleh dicarikan dengan mencagarkannya di bank-bank tempatan untuk mendapatkan pinjaman dalam bentuk Overdraft Bank. Tahukah anda, pihak bank hanya mampu memberi pinjaman sebanyak 60% - 80% ke atas nilai berbayar pada sesuatu properties dalam bentuk Overdraft Bank. Manakala prosesnya pula, memakan masa yang lama sehingga mencecah 3 – 4 bulan.

Tidak seperti Sijil ASB, nilai tertentu yang ada pada sijil tersebut, pihak bank berani memberi kemudahan Overdraft Bank sebanyak 90% - 95% ke atas nilai sijil yang dicagarkan. Tambahan pula, proses menyiapkan overdraft tersebut hanya berlaku 3-4 minggu sahaja. Dengan terwujudnya overdraft bank, maka kita boleh gunakannya untuk membayar hutang (terutama hutang-hutang yang kritikal di mana kadar faedah yang tinggi seperti hutang kad kredit, hutang “ah-long” dll), untuk dana kecemasan dan sebagai alat untuk memaksimumkan simpanan.

Tahukah anda, bahawa sesetengah bank di Malaysia ada mengeluarkan Unit Amanah (amanah fund, unit trust, matual fund atau lain-lain fund lagi) dalam bentuk sijil, tetapi bank yang mengeluarkan sijil tersebut tidak sudi untuk menerima cagaran tersebut untuk dicairkan dalam bentuk overdraft bank. Kenapa?..... Tepuk dahi tanya hati.

Macam mana? Menarik?
Usah fikir lagi, mulakan menyimpan untuk masa depan yang cerah dan sempurna.



Note: Saya tidak dibayar oleh PNB/ASNB untuk mengeluarkan artikel ini. Hanya sekadar berkongsi maklumat kepada mereka-mereka yang masih belum mengetahuinya.


Pengurusan Kewangan Yang Sempurna dapat Elakkan Tekanan

Wednesday, April 8, 2009

Awas pada Panggilan Telefon Dan SMS Palsu


Peringatan!!!!

BANK Negara Malaysia mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima panggilan atau perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa dilakukan bank pusat itu atau oleh mana-mana bank perdagangan.

Peringatan dikeluarkan itu berikutan peningkatan kejadian di mana orang ramai menerima panggilan telefon atau SMS palsu daripada pihak tertentu bagi mendapatkan maklumat perbankan peribadi dengan tujuan untuk mengambil wang daripada akaun.

Jurucakap Bank Negara berkata, antara Februari hingga Mac tahun ini saja, ia menerima laporan 94 kes penipuan menerusi SMS dan telefon.

Untuk maklumat lanjut,orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan di 1-300-88-5465 dan faksimili 03-2174 1515 atau menghantar emel ke bnmtelelink@ -bnm.gov. my.



RM8 Sehari?

Friday, March 20, 2009

Sekadar ada Matlamat, Tetapi tiada Perancangan Kewangan Rapi.

Salam Sejahtera....


Ikuti kisah artikel berikut.....benarkah kereta adalah hutang yang membawa beban? atau sekadar mempunyai matlamat tetapi tiada perancangan kewangan yang rapi sebelum bertindak?


Selamat membaca....


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Benarkah Kereta, Hutang Membawa Beban!!!

Suatu pengajaran & tauladan yang akan diketengahkan apabila melakukan
sesuatu perkara tanpa perancangan yang rapi dan berlaku di luar kemampuan kita.

ADEGAN 1
Bermulanya kisah sedih seorang lelaki muda yang menunggu bas untuk ke
tempat kerja. Dan tiba-tiba hujan lebat dengan petir berdentam-dentum. Rasa kecewa dan rendah diri mula timbul kerana merasakan semua orang memandang dirinya.
Jam di tangan sudah menunjukkan angka 8.45am, namun beliau masih di
perhentian bas akibat bangun lewat. Hatinya mula berkata “Aku tak kira, lepas ni aku akan beli kereta”

ADEGAN 2
Di bilik sewanya, beliau mula mengira ansuran bulanan keretanya dan berfikir,
“Aku mesti jimat lepas ni sebab nak beli kereta” (tika dan saat ini, pandai pulak untuk berjimat). Masalah aku lepas ni pasti selesai. Hahaha… (Sebenarnya, inilah titik permulaan masalah bermula)

ADEGAN 3
Di tempat jualan kereta, jurujual dengan kata-kata yang manis membuatkan beliau seolah-olah berada di syurga dan membuat keputusan untuk membeli kereta yang lebih mahal dari yang difikirkannya sebelum ini.
“Boss, U manyak smart dan muda punya orang, itu kereta..haaaaa..... tarak sesuai sama u la....pada pandangan saya haaa..... ini kereta lebih sesuai sama u...better U angkat ini
kereta, terbaru, cun & lebih bergaya.” (biasa lah kene jack sikit, rasa rendah diri sudah hilang, rasa pertimbangan sudah terbang, perancangan awal sudah lupa kene telan dek pujian yang tak seberapa.... akhirnya...selamat.....)

ADEGAN 4
Bermulanya kehidupan seorang lelaki muda menggunakan kereta. Bebas. Bebas sekali. Manakala, langkah pun sudah mula panjang...Jom kawan-kawan naik kereta aku. Jom… (Minyak, Tol, Maintenance... semuanya akan melibatkan peningkatan kepada perbelanjaan yang tidak pernah terfikir semasa membuat perancangan)

ADEGAN 5
Realiti mula menjelma dalam kehidupan beliau.
“Ish, gaji lambat lagi, masa ni pulak minyak nak habis…” (apa tidaknya...kais bulan makan bulan)

ADEGAN 6
“Krak…Kruk… krek…”
Bunyi pelik mula kedengaran dari kereta beliau. Akhirnya....
“Bro, U kena tinggal ini kereta dulu kat ini workshop..... may be dalam seminggu baru boleh siap” …Pening-pening… (Pening yang dicari)

ADEGAN 7
“Bro, gua sudah bikin baik sama u punya kereta...kereta sudah boleh angkat, servis tip top punya, ni bilnya” Gulp!!!!, jumlah bil yang mempunyai RMX,XXX.XX … Takpe la, pinjam duit kawan dulu, nanti bila sudah dapat gaji bulan ni aku bayar balik…

Pada masa yang sama, kes yang lain juga berlaku......
“Encik, merujuk pada rekod kami, di dapati encik sudah tertunggak installment kereta selama 3 bulan. So, pihak bank akan hantar notis terakhir untuk pengetahuan encik membuat pembayaran yang tertunggak."

ADEGAN 8
“Mengikut rekod kami, encik sudah terima notis dari pihak bank kan? Oleh sebab encik belum melunaskan installment yang tertunggak, maka kami terpaksa tarik kereta encik sekarang. Maafkan kami encik…kami bertindak mengikut arahan....

Akhirnya….Masalah lelaki muda ini selesai??? Tidak!!!

Hutangnya kepada syarikat kewangan perlu juga diselesaikan. Hutang kepada kawan-kawan juga perlu diselesaikan. Hidupnya kembali seperti dulu. Yang membezakannya kini beliau mempunyai hutang-hutang yang perlu dijelaskan. Berbaloikah ???


Kesimpulan dari cerita di atas, maka kita perlu merancangan kewangan kita dengan teliti dan sempurna agar matlamat kewangan kita itu tercapai dengan jayanya......



Kewangan Dan Cara Mengawal Perbelanjaan

Wednesday, February 18, 2009

Rakyat Malaysia malas menabung

Hasil kaji selidik Citibank kesedaran perancangan kewangan membimbangkan...

RAKYAT Malaysia didapati belum bersedia dari segi kewangan apabila berlaku kehilangan punca pendapatan atau diberhentikan kerja ekoran kegawatan ekonomi kerana kurang menabung.

Kaji selidik terbaru Citibank Bhd berhubung kesedaran perancangan kewangan bagi suku terakhir 2008 itu, menunjukkan hanya dua daripada lima individu atau 39 peratus rakyat negara ini yang menabung.

Sementara itu, kurang satu daripada tiga individu atau 28 peratus merangka bajet bulanan dan mematuhinya.

Ketua Segmen Pemasaran Perbankan Runcit Citibank, Timothy Johnson, berkata penemuan kajian itu juga mendapati 21 peratus daripada responden membayangkan tabungan mereka hanya mampu bertahan untuk empat minggu saja.

"Berdasarkan persekitaran ekonomi global semasa yang amat mencabar, hasil kaji selidik ini agak membimbangkan.

"Meskipun penanda aras kesedaran rakyat negara ini mengenai perancangan kewangan dan persaraan bagi suku akhir 2008, meningkat berbanding tempoh sama tahun lalu, ia masih belum mantap," katanya pada sidang media selepas membentangkan keputusan kajian itu di Kuala Lumpur, semalam.

Kaji selidik Suku Tahun Akhir Citibank, merangkumi 500 temu bual dalam talian, yang setiap responden diajukan 40 soalan, bertujuan mengetahui tahap pemahaman rakyat Malaysia mengenai kewangan peribadi dan amalan kewangan masing-masing.

Berdasarkan keputusan keseluruhan kajian, secara umumnya, kesedaran merancang kewangan di kalangan rakyat meningkat kepada 51 mata daripada 49 mata pada suku terakhir tahun lalu.

Sehubungan itu, Johnson berkata, banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memastikan rakyat negara ini menyedari kepentingan kewangan.

"Pengurusan kewangan yang baik bukan bermakna membina kekayaan, tetapi penghidupan selesa dengan jaminan kewangan, kualiti hidup yang lebih baik, rasa optimis terhadap masa depan serta bersedia untuk menghadapi cabaran hidup.

"Kajian itu menjadi ukuran bagi mengawal kedudukan kewangan, terutama ketika persekitaran mencabar dengan isu pemberhentian kerja dan pemotongan gaji," katanya.

Beliau menyaran pengguna supaya merangka perancangan kewangan yang tersusun, justeru, membantu mereka mengharungi tempoh kelembapan ekonomi.

Menurut kajian itu, kini lebih ramai rakyat Malaysia khususnya di kalangan golongan muda berumur 18 hingga 29 tahun, mula memberi perhatian kepada urusan kewangan mereka.

Sejumlah 56 peratus daripada responden, beranggapan kedudukan kewangan mereka kini adalah lebih baik berbanding tahun lalu.

Bagaimanapun, sejumlah 37 peratus daripada responden, naik empat peratus berbanding tempoh sama 2007, berasa bimbang mengenai kedudukan kewangan mereka.

Dari segi pematuhan bajet bulanan, kajian itu mendapati, walaupun 86 peratus responden berhasrat mematuhinya, kurang 28 peratus yang benar-benar mematuhinya.


Dari bilik berita harian...19 Feb 2009



Jumlah RM diperlukan sekiranya kita diberhentikan kerja?

Friday, January 23, 2009

RM8 Sehari?

Artikel sebelum ini menceritakan ASB adalah salah satu sumber Pendapatan Pasif untuk seseorang yang bersara. Tetapi tidak menceritakan kaedah bagaimana untuk menyimpannya.

Terlebih dahulu renung 2 persoalan dibawah ini:

Persoalan Pertama: Adakah anda sukar menyimpan RM240 sebulan? Adakah RM240 sebulan itu satu jumlah yang sangat besar untuk anda menyimpan?

Persoalan Kedua: Adakah bayaran bulanan kereta RM480 – RM600 sebulan adalah jumlah yang kecil dan tiada masalah untuk diperuntukkan daripada gaji atau memang biasa saja?

Jika jawapan anda “YA” untuk kedua-dua persoalan di atas, ini bermakna anda sedang membina sel-sel barah dalam kewangan anda sendiri. Anda harus keluar dari situasi ini dengan segera sebelum keadaan yang lebih parah berlaku.

Anda perlu berubah dan mulakan menyimpan pada hari ini.

Apa kata, mulai hari ini anda peruntukkan RM8 sehari dan memasukkannya ke dalam Tabung Buluh (cara lama) secara konsisten. Ini bermakna, setelah cukup 30 hari (1 bulan), anda sudah mempunyai simpanan sebanyak RM240.00 bersih.

Jika anda menyimpan RM240 sebulan di dalam tabung buluh tersebut selama 5 tahun, anda akan dapat mengumpul sebanyak RM14,400.00 bersih.

Sementara itu, jika anda menyimpan RM240 sebulan dalam akaun simpanan biasa, selama 5 tahun, anda mungkin dapat mengumpul sekitar RM 15,250.00. Itu pun kalau bank baik hati untuk beri anda pulangan sekitar 2.0% setahun.

Adakah cukup 2.0% setahun sebagai pulangan simpanan anda untuk jangka masa 5 tahun akan datang?

Untuk makluman anda, kalau 6 tahun dulu, susu Krimer manis 505g hanya berharga RM1.55 setin. Tetapi hari ini harganya sudah menjadi RM2.55 setin. Ini bermakna dalam masa 5 tahun sudah ada kenaikkan harga melebihi 60%. Itu baru satu barang. Bagaimana pula dengan barang-barang yang lain? Mungkin, 3 tahun lalu, anda makan tengahari hanya RM4.00, tapi kini sudah menjadi RM5.00. Itu sahaja sudah ada kenaikan sebanyak 25%!!!

Merujuk kepada kesan kenaikan harga di atas, ini bermakna, sesiapa yang menyimpan duit dalam “tabung buluh” dan di dalam akaun simpanan biasa, mereka ini tidak lagi mampu untuk menampung hidup pada masa akan datang dengan adanya kesan inflasi seperti ini. Kesan inflasi ini merupakan musuh utama dalam kewangan anda. Jika kesan inflasi ini berterusan, menyimpan duit di dalam “Fix Deposit” bank pun sudah cukup susah untuk anda menampung hidup di masa hadapan.

Walau bagaimanapun, selepas 30 hari, pindahkan sejumlah RM240 dari “tabung buluh” tadi ke dalam simpanan ASB untuk tujuan simpanan tetap. Tahukah anda bahawa ASB merupakan satu produk kewangan yang mesti anda gunakan sebagai asas kewangan anda untuk masa depan?

Mengikut kiraan, sekiranya anda menyimpan RM240 sebulan di dalam ASB, dengan menganggarkan purata pulangan ASB adalah 8% setahun, ini bermakna anda akan mempunyai simpanan sebanyak RM18,247.40 setelah 5 tahun. Bukan lagi RM15,552.00.

Kenapa ini berlaku?

Ini berlaku disebabkan simpanan ASB dikira mengikut kaedah pengiraan “Compounded dividen” dan bukannya pengiraan “Simple dividen”.

Maka dengan cara pengiraan ini, anda hanya perlu menyimpan konsisten selama 5 tahun sebanyak RM14,400.00 dan anda akan mendapat duit tambahan sebanyak RM3,847.40 selepas 5 tahun.

Dan kalau anda menyimpan hanya RM240, di ASB selama 10 tahun. Anda akan mendapat RM45,059.00. Bukan lagi, RM31,104.00

Menarik bukan?

Itu baru hanya RM8 sehari…belum lagi RM10 atau RM15 atau RM20 sehari!!!!

Maka, dengan ini buatlah simpanan untuk diri anda demi masa depan yang sempurna.

Jadikan ASB sebagai asas simpanan wang anda.



Note: Saya tidak dibayar oleh PNB untuk buat artikel ini. Tapi sekadar berkongsi maklumat kepada mereka-mereka yang masih belum mengetahuinya.


Bayar Untuk Diri Sendiri

Friday, January 16, 2009

ASB Merupakan Salah Satu Pendapatan Pasif

Mengimbas kembali detik manis 2 Jan 2009, ramai di antara “orang kita” tersenyum lebar setelah keluar dari kaunter bank yang dibawanya bersama adalah buku Pelaburan “TING”. Apa tidaknya, setelah PNB mengumumkan di mana deviden ASB pada tahun ini mensasarkan sebanyak 8.75% kepada para pelabur. Dengan itu, ramailah “orang kita” melawat ke bank-bank untuk meng-“update” buku “TING” mereka. Ada juga dikalangan mereka yang mengeluarkan sejumlah wang untuk kegunaan perbelanjaan mereka yang mana ia sebagai sumber tambahan untuk membayar keperluan persekolahan anak-anak, membayar cukai jalan/insuran kenderaan dan sebagainya. Ternyata wajah-wajah sinar kegembiraan lahir pada mereka-mereka ini.

Tetapi ada juga cerita sebaliknya, dalam kita dok kecoh-kecoh tentang ASB, ada juga di kalangan “orang kita” tiada mempunyai simpanan/pelaburan langsung dalam ASB walaupun kos membuka hanya RM10.00 sahaja. Kenapa boleh jadi begitu? Tepuk dada Tanya selera, Tepuk dahi Tanya hati…

Andai kata, seseorang itu mempunyai simpanan ASB sejumlah RM10,000.00, yang mana simpanan tersebut sudah berusia selama setahun, dengan dividen 8.75% ini, seseorang itu akan memperolehi wang RM875.00 sebagai bonus tahunan. Bayangkan sekiranya kita mempunyai simpanan ASB sejumlah RM100,000.00, sudah tentu kita akan memperolehi wang percuma sejumlah RM8,750.00. Dengan jumlah wang sedemikian, memang cukup menampung perbelanjaan pembukaan persekolahan anak-anak untuk 10 orang yang bersekolah menengah.

Itu baru simpanan RM100,000.00 dalam ASB. Apa pula jadinya sekiranya seseorang itu mempunyai simpanan maksimum dalam ASB iaitu berjumlah RM200,000.00, maka mereka akan memperolehi wang percuma sejumlah RM17,500.00…(Wow!!!! banyak tu…), itu baru 1 akaun. Jika 2 akaun suami-isteri, di mana kedua-duanya sudah mencecah simpanan maksimum berjumlah RM200,000.00, sudah tentu wang percuma itu berjumlah RM35,000.00 (Wow!!! Wow!!!! Wow!!!! Lumayan sekali)

Inilah hakikat sebenar yang mana kita harus sedar, simpanan/pelabuaran ASB ini adalah salah satu “passive income” untuk diri kita pada suatu hari nanti. Erti kata lain, wang yang kita simpan itu bekerja untuk diri kita pula di masa hari persaraan kelak. Dengan jumlah wang sebanyak RM35,000.00 itu, maka sebuah keluarga yang sudah bersara akan memperolehi sebanyak RM2,900.00 sebulan sebagai sumbar pendapatan. Tidak cukup kah????

Oleh itu, simpanlah wang anda untuk hari persaraan anda. Maka, mulai hari ini buat satu matlmamat kewangan jangka masa panjang untuk wang anda.

Dengan itu, bekerja kuat hari ini dengan tujuan untuk memperkuatkan asas simpanan anda demi hari tua anda.


Kewangan Dan Cara Mengawal Perbelanjaan