Tetapi yang mana perlu diutamakan, Simpan atau labur?
Simpanan adalah satu perkara utama yang harus diletakkan sebagai perkara pertama sebelum kita membuat apa-apa perancangan kewangan. Ini kerana simpanan tersebut adalah satu sumber modal tunai yang kita ada tanpa perlu menambah beban hutang untuk memulakan pelaburan di tempat lain. Berikut adalah peluang pelaburan yang ada setelah anda menyimpan.
.1. Akaun Simpanan (Savings Account)
.
2. Fixed Deposit
Perbankan Islam melabelkannya sebagai pelaburan mudharabah. Pulangannya sekitar 2-4% mengikut tarikh matang. Anda simpan RM 10,000 di dalamnya dengan pulangan sekitar 2-4% dan bank pula memberikan pinjaman kepada anda dengan kadar 8% setahun (faedah / keuntungan). Jadinya kes di sini, siapa lebih bijak? Anda atau bank? Tepuk dahi Tanya hati…..
3. Amanah Saham (Unit Amanah/Unit Trust)
Anda menyimpan sebanyak RM 10,000 di dalamnya, dan belum sempat duit anda dilaburkan sesuatu Fund, duit anda akan susut nilai (erti kata lain, lebur dulu sebelum labor) dengan sendirinya kira-kira 5-8% akibat upfront fee. Bukan setakat itu sahaja, malah setiap tahun nilai bersih anda akan susut lagi di antara 0.5-2% untuk management fee. Dan anda pula, mengharap pulangan 8-12% setahun, kalau ada untung. Persoalannya di sini, boleh ke “Trust” of Unit Trust”? Jawapannya ada dalam diri anda sendiri. Pantaulah pelaburan anda itu….ingat!!!. tiada perlaburan yang sempurna di dalam dunia ini.
.
4. Tabung Haji
Anda menyimpan RM 10,000 di dalamnya untuk menunaikan haji! Anggaplah 4-5% pulangan di dalamnya sebagai booster dari Allah swt agar kita segera menjadi tetamu di Baitullah. Sebaik-baiknya, anda tidak perlulah keluarkan duit dalam Tabung Haji ini selagi anda belum menunaikan haji. Jadi, tidaklah kita asyik menyatakan kenyataan yang anda masih belum datang seru.
.
5. KWSP
Kalau anda bekerja di
.
6. Amanah Saham Bumiputera
Untuk Bumiputera sahaja. Sudah sedia maklum ASB tidak ada upfront fee. ASB juga tidak ada management fee. Duit anda tidak susut nilai walaupun 0.001% pun sebelum ia dilaburkan. ASB juga memberi pulangan yang konsisten 8-10% dalam bonus dan dividen. RM 10,000 yang anda simpan, setiap akhir tahun akan dapat RM 800. Tidak mahu menyimpan di dalamnya sebab ada pendapat yang menyatakan ASB haram? Itu pilihan anda.
.
7. Exchange Traded Fund
Amanah saham yang didagangkan di dalam bursa. Tetapi malangnya ia belum ada lagi di
.
8. Saham Bank Rakyat
Pulangan 15% setahun yang konsisten kebelakangan ini. RM 10,000 yang anda simpan, anda dapat RM 1,500 pada hujung tahun dan sudah dizakatkan. Setakat penulisan ini ditulis, anda masih perlu queue untuk menyertainya. Erti kata lain, kalau ada duit pun memang sukar untuk mendapatkannya.
.
9. Koperasi Pemodalan Felda (KPF)
Sejarah pencapaian sejak tahun 2000, pulangan pelaburan berada dalam lingkungan 12% - 16% setahun. Jika ambil kadar pulangan yang minimum 12% setahun ke atas pelaburan anda sebanyak RM 10,000, maka anda akan dapat RM 1,200 pada hujung tahun. Tetapi, malangnya, KPF ini hanya boleh dibeli oleh warga atau mereka-mereka yang ada bersangkut-paut dengan Felda sahaja.
.
10. Saham
Kes ini anda perlu ada ilmu tertentu untuk melabur?.... kalau tidak “lebur”, Jadi, pilihlah sama ada mahu jadi fundamental investor atau technical investor. Kalau malas mahu belajar dan merasakan rugi untuk melabur dalam ilmu saham, jalan mudah pergi cari amanah saham sahaja. Jangan menggatal nak beli saham IPO atau 2nd Board, MESDAQ atau1st board, kalau anda masih celik tetapi buta ilmu saham di mana anda belum tahu baca financial statement atau mengenali bar chart, candlestick, P&F Chart dan sebagainya.
.
11. Warrant & Options
.
12. Futures & Commodity
Pasaran hadapan. Indeks saham ada. Kelapa sawit mentah pun ada. Itu sahaja yang ada di
.
13. Forex
Perdagangan matawang asing. Hati-hati, terlalu banyak scam forex masa ini. Pilih broker yang betul. Kalau tiada ilmu pelaburan tertentu, jangan memandai-mandai nak mencuba, jadi lupakanlah dahulu,dan pergi melabur dalam bidang ilmunya dahulu.... kalau tidak, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.
.
14. Bon
Kalau baru ada duit berjumlah RM 999,999 lupakanlah sahaja nak melabur dalam pasaran bon. Di Malaysia, hanya pelabur institusi yang menguasainya dan individu tertentu yang ada net worth yang sangat tinggi.
.
15. Hartanah
.
16. Real Estate Investment Trust (REIT)
Ini lebih kurang sama macam beli amanah saham juga. Tetapi, bezanya di sini syarikat REIT ini terlibat dalam sektor hartanah. Ia bukan pool of money untuk beli saham, tetapi lebih focus kepada hartanah. Ia dijual beli melalui
.
Cadangan dari BUW...
.
Melainkan pilihan yang pertama, anda seharusnya belajar dulu tentang ilmu pelaburan tertentu. Kalau tidak anda akan disembelih oleh mereka yang mahukan wang anda. INVEST IN YOURSELF FIRST!!!
.
Impian di hati mahu jadi jutawan, tetapi kalau RM 10 pun anda tidak sanggup nak dilaburkan untuk pendidikan ilmu kewangan, anda sebenarnya berangan-angan Mat Jenin sahajalah. Angan-angan kosong….Itu mentaliti mahu kaya cepat yang mesti dikikis segera. (Ingat!!! Easy Come Easy Go)
.
Ini adalah sebahagian besar peluang pelaburan yang saya tahu, dan pastikan anda melabur di dalam pelaburan yang sah dan jangan sesekali terlibat dalam skim cepat kaya yang kini semakin canggih dan berleluasa di internet.
.
.
.
.
.
.
Apa itu Overdraft (OD)
No comments:
Post a Comment